SEGMEN FOOD TRAVEL MALAYSIA : DAGING PEKASAM MASAK LEMAK CILI PADI (NEGERI SEMBILAN)





PERSEMBAHAN : 2 STAR
KEENAKKAN : 4 STAR
KOMEN : DEN MEME SUKO MAKAN MASOK LOMAK

Daging pekasam
(Daging mentah diperap bersama asam keping dan garam. Daging ni tahan lama. Kalo diperap, makin lama makin sedap)
Santan
Ajinomoto
Cili api 9 biji*
½ inci halia*
Bawang merah 4 ulas*
Serai sebatang-dititik

Bahan-bahan yg bertanda *hendaklah dikisar

Cara-caranya:

Masukkan bahan –bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama daging pekasam dan juga santan. Lepas tu hendaklah dikacau –kacau takut nanti santan jadi berketul-ketul…kemudian masukkan serai dan ajinomoto dan kacau lg sehingga daging betul-betul masak….

p/s: garam dan asam keping tak perlu dimasukkan kerana daging pekasam ini dah masin dan masam…

0 comments:

Post a Comment