MOOD JIWANG ; perjalanan hidup yang masih belum tiada noktahnya



Perjalanan hidup aku sebagai seorang hamba Allah...perjalanan yang panjang dan pastinya penuh dengan dugaan dan cabaran...menuntut aku untuk kembali merangkak dan bertatih walaupun sudah berkali aku tersungkur dan terjatuh...Allah Maha Mengetahui...sesungguhnya hanya DIA yang MENGERTI...



''SAYA CUMA NAK AWAK TAHU SAYA SAYANGKAN AWAK DAN SELAMANYA AKAN KEKAL BEGITU SEANDAINYA JODOH KITA MASIH BERSAMA''

Saya cuma nak awak tahu dalam hati saya penuh dengan warna-warni pelangi sejak awak hadir. Terima kasih awak sebab awak kembalikan sinar kegembiraan saya. Awak, Setiap saat,saya tak pernah lupakan awak. Sampai kadang-kadang saya terfikir, macam manalah hidup awak kalau saya tiba-tiba tak ada nanti. Mampukah saya untuk kembali berdiri seperti sekarang? Awak, Walaupun awak bukan yang pertama hadir dalam hidup saya, tapi saya nak awak tahu dengan awak saya belajar segalanya. Bersama awak saya mengerti apa itu kasih sayang. Dengan awak saya fahami ertinya merindu. Dengan awak juga saya belajar erti ikhlas dalam perhubungan. Awak, Saya nak awak tahu yang awak ANUGERAH TERINDAH yang ALLAH beri untuk saya. Walaupun awak mengatakan awak tak sempurna tapi, awak yang mampu buatkan hidup saya bahagia. Awak yang memberi senyuman tika duka. Awak, Setiap kali saya rindukan awak, saya hanya mampu mengingati saat-saat indah kita bersama. Setiap kali itu juga air mata saya menitis. Maaf awak, walaupun awak selalu pesan awak tak nak awak menangis tapi, bila rindukan awak airmata saya tiba-tiba jatuh. Saya nak awak tahu saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak mampu kehilangan awak. Awak, Bila kita bergaduh, saya rasa takut sangat. Takut awak akan pergi tinggalkan saya sendiri. Saya tak pernah rasa dihargai dan disayangi sebagaimana yang awak beri. Sebab itu bila awak terlalu ramai admire kekadang saya cemburu. Saya tak sanggup hidup tanpa awak di sisi. Awak, Kadang-kadang saya sedar, saya selalu buat awak rimas. Penat. Tapi, semua itu sebab saya terlalu memikirkan tentang awak. Saya tak nak terluka lagi. Saya cuma inginkan yang terbaik untuk hubungan ini. Kalaulah awak mengerti apa yang ada di sudut hati saya ini. Setiap detik saya hanya ingin bersama awak. Awak, Saya faham jodoh itu bukan di tangan kita. Andai Allah tidak menulis jodoh kita bersama walaupun telah puas kita berusaha dan mempertahankan hubungan ini saya nak awak tahu yang saya tetap akan cinta dan sayang awak. InshaAllah, saya pasti akan ikhlas terima semua ketentuan Dia. Nama, wajah dan suara awak tak akan pernah hilang dari ingatan saya. Awak tetap akan jadi KENANGAN TERINDAH yang pernah saya miliki. Awak, Andai Allah mentakdirkan jodoh kita bersama, saya nak awak tahu sayalah lelaki yang paling bahagia di dunia ini. 


Sebab saat-saat bersama awak adalah saat yang paling bahagia buat saya. Bersama awak, segala kesulitan saya akan menjadi senang. Saya tak nak minta apa-apa lagi selain hidup bahagia bersama awak. Awak, Kalau awak tanya saya apa yang paling saya nak dalam hidup ini saya akan jawab AWAk! Saya hanya nak awak ada disisi saya dalam susah mahupun senang. Gembira ataupun sedih. Dan hanya itu saja yang mampu buat saya bahagia selamanya.Tapi jikalau hanya disitu perjalanan kita , tak usah kita tangiskan kerana itu semua kententuan Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment