Masterchef Malaysia


(congrat for you MASTERCHEF judges)


CHEF ZUBIR


Chef Zubir ni aku rasa macam orang utara..sebab cara bercakapnya..Chef Zubir mendapatkan ilmu bermasaknya bukan mcm kita tau..main masak-masak dlm pondok..curi curi masak kat dapur bila mak kita tido ka..pegi kebun ka..(macam aku!)..beliau perolehinya dari Institut Teknologi MARA pada tahun 1988.  

Pengalaman? Jangan cakap laaa...

Bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Pensyarah di UiTM, penglibatan di peringkat antarabangsa iaitu di Jepun, Austria, USA dan Singapura. Pencapaian memang awesome! Antaranya Ketua Pasukan dan Pengurus kepada Malaysian National Culinary Team di Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore ( 2 pingat perak), Ketua Pasukan dan Pengurus kepada Malaysian National Junior Team di Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia (pingat emas dan juara keseluruhan)
 

So? Nak jadi macam Chef Zubir? Belajar memasak dengan betul…asal korang jangan letupkan dapur mak korang..cukuplah!!!



CHEF ADU

Ni lagi sorang chef yang aku minat...actually aku baru kenal dia...bila aku turn to MasterChef Selebriti Malaysia..rupanya memang dia dah lama dalam industri ni dan punyai profil yang cukup cantik...dalam dan luar negara..salute to you chef!!! (errr...dah salute ni..kalo jumpa...masakan free yer chef..hikhik!!)

Chef Adu Amran dilatih sebagai chef di Stamford College Kuala Lumpur dengan fokusnya terhadap classical French cuisine. Pernah dilatih di Carcosa Seri Negara….antara hotel 5 bintang terkemuka di ibu Negara.

Pencapaian memang superb!!! Restoren Champor-Champor di Langkawi (1994-1997) dan Restoren Champor-Champor London Bridge (2000-2011). Kalau macam ni punya achievement, memang tabik spring la aku dengan Chef Adu!!!

Pernah menyertai demosntrasi masakan terkemuka antaranya Selfridges, Oxford Street, London; Masterchef Live di Olympia, London; dan International Food Exhibition (IFE) di Excel. Slot dalam TV program pun ada namanya ‘Fab Pads’.

Chef Adu dah mengembara ke dua pertiga dunia, so nak cakap apa lagi? Kalo masak kat rumah aku ni..memang kira satu impian dalam sejuta!!!! Hahahahahaaaa!!!


CHEF JOE

Nampak berumur kan? Tapi Chef Papa Joe atau nama sebenarnya Moh Johari Edrus lahir pada Disember 1955 dan memperoleh Diploma Latihan Chef pada tahun 1975…1975??? Perghh!!! Aku masih merangkak lagi dan guna lampin, Chef Papa Joe dah tamat diploma dia..salute to you Chef!!! Memegang jawatan penting dalam syarikat makanan terkemuka di Malaysia dan berpengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di Malaysia.

Pengalaman? Sudah tentu banyak.. Presiden Chef Malaysia dari tahun 2005 hingga 2008, Jabatan Pembangunan Kemahiran bawah Kementerian Sumber Manusia, pakar kebangsaan untuk skil memasak ke WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011….skil memasak ada Olympic dia jugak kerr?? Hebat!!!

Ahli Lembaga Penasihat untuk Kulinari di UiTM, Kolej Taylor dan KDU dan banyakkkk lagi…nak jadi macam dia? Join la MasterChef Malaysia..jadi JUARA cukup laaa…hahahah!!!

0 comments:

Post a Comment