SEGMEN FOOD TRAVEL MALAYSIAN : NASI AYAM HAINAN VILLAGE (chefbelalang resepi)


NASI AYAM MON ROAD 

PERSEMBAHAN : 3 STAR
KEENAKKAN : 2 STAR
KOMEN : RASA YANG ....MACAM BIASA JE

  • Saya kurang berpuas hati dengan cara dan masakan nasi ayam di Malaysia , kebanyakan nya semua nya sama . baik periuk besar ka ? periuk apollo ka ? bom  ka? rata-rata semuanya sama dari nasi hingga ke sup.Disini chef cuba mengolahkan semula nasi ayam bagi mendapatkan rasa yang berlainan.selamat mencuba.
  • NASI AYAM HAINAN VILLAGE
  • BAHAN A (NASI)
  • Beras - 3 cawan 
  • Air rebusan ayam - 3 cawan (bergantung kepada jenis beras..kalau perlu lebih, maka lebihkan sukatan air agar nasi tidak terlalu keras)
  • Halia - 5 inci
  • Bawang merah - 6 biji (bergantung kepada sukatan beras. Boleh ditambah bilangan bawang seandainya sukatan beras lebih dari 3 cawan)
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Kunyit hidup - 3 inci
  • Sedikit garam dan mentega untuk menggoreng.
  • BAHAN B (SUP AYAM)
  • Bahagian-bahagian ayam seperti kaki, sayap dan leher (hati dan mempedal juga boleh dicampur)
  • KEPALA UDANG
  • TEBU 
  • SENGKUANG
  • Air - 3 liter
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • BAHAN C (AYAM)
  • Ayam bahagian badan sahaja - 1 ekor
  • Garam
  • serbuk lada hitam
  • serbuk kunyit
  • BAHAN D (SOS AYAM)
  • Cili merah - 10 biji
  • Cili api - 4 biji
  • Halia - 5 inci
  • Air rebusan ayam - 200 liter
  • Sedikit cuka
  • Garam, gula dan serbuk perasa - secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • Salad
  • Hirisan timun dan tomato
  • Kicap cair (kalau suka)

Cara-cara

  1. LANGKAH PERTAMA
  2. Bersihkan seekor ayam dengan cara: -potong leher, sayap dan kaki ayam dan asingkan dari badan ayam (termasuklah hati dan mempedal).
  3. Bersihkan bahagian luar dan dalam ayam dan masukkan ke dalam periuk yang agak besar untuk merebus ayam. (pastikan ayam tenggelam sepenuhnya ketika direbus). Masukkan sedikit halia ke dalamnya.Seharusnya pada langkah ini, sukatan air dibuat lebih agar cukup untuk nasi dan pencicah ayam.
  4. Sementara itu, tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup untuk nasi.
  5. Basuh beras dan toskan.
  6. Selepas air rebusan ayam sudah mendidih kali pertama, matikan api dan asingkan ayam ke atas dulang pembakar. Air rebusan pula di bahagikan untuk kegunaan nasi dan pencicah ayam.
  7. Ayam yang direbus sebentar tadi dilumurkan dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. (sekiranya mahu, boleh juga dilumurkan dengan madu)
  8. Masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak. (dalam kes ni, x perap pun xpe...) Selalunya ayam akan masak garing mengambil masa 30 ke 45 minit.
  9. Atas dapur, panaskan periuk nasi. Letak sesudu besar mentega dan cairkan di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang sudah lumat ditumbuk sebentar tadi. Goreng hingga naik bau. Masukkan beras yang ditos tadi. Matikan api. Letak periuk nasi ke tempat pembakarnya. Masukkan air rebusan ayam dan sedikit garam. Kacau sebentar sehingga rata warna kuning kunyit. Tutup dengan penutup dan hidupkan elektrik dan masak nasi seperti biasa. (Untuk wangikan nasi, letak daun pandan dan halia sedikit)
  10. Teruskan dengan pencicah ayam. Kisar lumat cili merah, cili api, halia, cuka, gula, garam, serbuk perasa dan air rebusan ayam. (Seeloknya jangan gunakan air biasa..kerana akan menjejaskan rasa.)
  11. Masak sup dengan bahagian2 ayam yang tertinggal di dalam periuk yang berisi air @ lebihan air rebusan ayam tadi. Masukkan bahan-bahan tersebut .Boiled sehingga empuk dan mesra dengan sup dan tapis bahan-bahan serdak.
  12. Jangan lupa mengacau rata nasi ketika ia mula-mula masak untuk pastikan ia masak sekata dan warna kuning juga sekata.
  13. Apabila semua dah masak, silalah hidang. Memang sedap dijamu bersama keluarga. Cubalah.....syyeeedappp. :)

0 comments:

Post a Comment