Pertandingan Memasak Warisan @ Menara Kuala Lumpur pada 30 November 2013.


Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, PTS Media Group dan MAJALAH AROMA sebagai Majalah rasmi akan mengadakan Pertandingan Memasak Warisan @ Menara Kuala Lumpur pada 30 November 2013.

Acara ini akan di adakan Perkampungan Budaya 1Malaysia mulai jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

Objektif acara ini diadakan adalah bagi memartabatkan masakan warisan Malaysia dikalangan masyarakat disamping mencungkil bakat memasak di kalangan para peserta. 

Ianya terbuka kepada 10 kumpulan dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Terbuka dan Chef Profesional.

Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta dan setiap kumpulan dikehendaki masakan menu warisan yang telah disediakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan berasaskan dari buah Nanas sahaja.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM40.00 untuk satu kumpulan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 November 2013. Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.00.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mengasah bakat anda di dalam bidang masakan.Jom meriahkan Menara Kuala Lumpur.

1 comments:

Bagus.

Anonymous
12 November 2013 at 20:41 comment-delete

Post a Comment