Now ..kebanyakkan fast food di seluruh malaysia termasuklah BLACKWOOD , The Manhattan Fish Market , Deep & dip , Secret recipe , Dunkin Donut , Big Apple , Papa rich, black canyon , ect...kebanyakkan ''chef'' diorg majoriti myammar and bangla...Where is Malaysian Chef??? can i know? n adakah diorang menggunakan parioriti yang BERSIH dan HALAL? MANA ASSC CHEF MALAYSIA (CAM) ? MANA PERTUBUHAN JURUKULINARI MELAYU MALAYSIA (PJKMM) ,PERTUBUHAN PENGGUNA MALAYSIA??MANA LAGI YANG LAIN2 PERTUBUHAN? NI APA JADI NI?

ADA BETUL KA?????

Kira-kira 20,000 buah restoran dan entiti perniagaan yang berasaskan kekeluargaan mungkin akan ditutup ekoran keputusan kerajaan menaikkan bayaran levi pekerja asing daripada RM1,600 kepada RM3,600 setahun mulai 1 April lalu.

Kenaikan berganda levi berkenaan akan menaikkan kos operasi sesebuah restoran yang mungkin tidak dapat ditampung oleh pemiliknya dan peniaga lain.

Menurut Pengerusi Biro Aduan MCA, Wong Nai Chee, ketika ini pun perniagaan restoran-restoran itu merosot sehingga 30 peratus sejak enam bulan lalu.

"Kenaikan levi tidak akan menyelesaikan masalah pergantungan kepada pekerja asing sebab pekerja tempatan tidak mahu bekerja sebagai pelayan atau pencuci pinggan,'' katanya.

Kerajaan ketika pengumuman bajet mini bulan lalu menaikkan bayaran levi pekerja asing kepada RM3,600 setahun daripada RM1,600 mulai 1 April lalu yang dibayar oleh majikan.

Kenaikan itu bertujuan untuk mengurangkan pengambilan tenaga kerja asing ekoran kemelesetan ekonomi.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan pekerja asing dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jamarul Khan Kadir tidak menafikan akan berlaku penutupan restoran ekoran kenaikan kadar levi.

"Setiap majikan terpaksa membayar levi kira-kira RM13 sehari dan itu belum dikira kadar upah antara RM30 dan RM45 seorang. Ia akan menjejaskan bayaran untuk perkara lain seperti bil air, elektrik dan bayaran kepada para pembekal,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Menjadi matlamat setiap syarikat yang terlibat dengan perniagaan untuk mencari keuntungan sebanyak yang mungkin. Termasuklah syarikat yang terlibat dalam perniagaan insuran.

Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat insuran banyak bergantung kepada berapa ramai bilangan pelanggan mereka yang membuat tuntutan dalam setiap tahun.

Lebih ramai pelanggan membuat tuntutan menyebabkan syarikat insuran terpaksa mengeluarkan jumlah gantirugi yang besar dan ini akan menjejaskan kewangan dan keuntungan syarikat.

Satu cara untuk syarikat insuran mengelakkan kerugian ialah dengan menaikkan harga insuran yang dikenakan kepada pelanggan mereka. Tetapi syarikat insuran tidak boleh menaikkan harga terlalu tinggi kerana mereka juga bersaing dengan beberapa syarikat insuran yang lain. Kalau harga yang dikenakan terlalu tinggi, pelanggan mereka akan lari ke syarikat insuran lain.

Oleh itu untuk memastikan harga insuran berada pada tahap yang rendah, jenayah mestilah juga berada pada kadar yang rendah. Kurang jenayah maka kuranglah berlaku kecurian kenderaan, dan kuranglah pelanggan membuat tuntutan gantirugi kepada syarikat insuran.

Keupayaan dan kecekapan polis untuk menyelesaikan kes curi kenderaan juga mestilah berada pada tahap yang tinggi. Kalau kenderaan yang dicuri dapat ditemui oleh polis dengan cepat, sudah tentu syarikat insuran tidak perlu membayar ganti rugi kepada pelanggannya.

Satu perkara lagi faktor yang membuatkan pelanggan menuntut pampasan ialah bila berlaku kemalangan kepada kenderaan. Kenderaan yang terlibat dengan kemalangan perlu dibaiki atau diganti baru, dan kosnya ditanggung oleh syarikat insuran. Lebih ramai pelanggan membuat tuntutan, lebih banyaklah kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat insuran. Untuk mengelak dari terus mengalami kerugian, syarikat insuran tidak ada pilihan selain dari menaikan kadar premium atau harga insuran yang dikenakan kepada pelanggan mereka.

Itu belum termasuk lagi kerugian yang ditanggung oleh syarikat insuran disebabkan penipuan yang dilakukan oleh bengkel-bengkel kereta yang mengenakan caj membaiki yang jauh lebih tinggi dari caj sebenar.

Bagaimana kemalangan dapat dikurangkan? Ini perlu kepada pemandu yang berhemah, kenderaan yang selamat dan jalanraya yang sempurna.

Bagaimana kecurian dapat dikurangkan? Ini melibatkan moral dan akhlak rakyat Negara ini.

Yang pastinya harga insuran yang dikenakan oleh syarikat insuran kepada kita itu sangat berkait rapat dengan sikap kita semua.   


Agak-agakla kalau nak protes macam manapun.. ini tidak main hentam keromo saja.. datang dengan kereta buatan Jepun tapi keluar plakad 'Boikot Barangan Jepun'.

Lain kali kalau datang nak protes 'Boikot Barangan Jepun' tu datanglah dengan kereta kuda atau kereta lembu, baru orang tak pertikaikan.

Tak salah kalau nak tunjuk kesetiaan melampau kepada Anwar Ibrahim.. tapi janganlah sampai memalukan Anwar Ibrahim..

Tanya dulu dan tunggu penjelasan dari pihak berkuasa Jepun tentang mengapa Anwar dilarang memasuki Jepun..

Bukannya terus serbu membabi buta macam ni, dah tu nak boikot barangan Jepun pula, setakat 30 orang yang boikot tu Jepun gelak sajalaa...

Kalau nak cari publisiti untuk pemilihan inipun janganlah sampai jadi bahan tawa rakyat 1Malaysia.. buat bagi rasional dan nampak proffesional sikit..


Ini tidak.. buat malu PKR saja depa ni...

Laporan berkaitan...

KUALA LUMPUR: Around 30 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth members staged a protest outside the Japanese embassy here after their Datuk Seri Anwar Ibrahim was barred from entering the country and subsequently deported on Jan 19. 
The group, led by Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin also handed a memorandum of protest to the Japanese Ambassador Shigeru Nakamura, calling for an explanation on the incident, since the Opposition leader had no problems entering the country in 2009 and 2012. 
Though he said it was not an official stance by the party wing, some members were seen carrying and burning placards with messages calling for a boycott of Japanese products. 
The group dispersed peacefully at around 12.30pm. 
"We strongly believe that the Japan Government's actions were extraordinary, unwarranted and violates Article 13 of the Universal Declaration of Human Rights," said the Bukit Katil MP. 
Anwar arrived at the Narita International Airport in Tokyo at 6.45am Sunday and was to present a paper on Muslim Democrats. 
He said the Japanese Immigration officials had explained that he was denied entry because of a previous conviction in 1999, and was asked to board the first flight back. 
Shamsul Iskandar said he had questioned embassy officials on who was updating the Japanese authorities on Anwar’s cases, to which he said no answer was given. 
"I fully agree that his was politically motivated. We would like to known who is updating them on the case against Anwar, because he was allowed to enter the country before without issues. 
"We are worried why Japan is following this trend when it is a democratic country?" he said, referring to the barring of Australian independent Senator Nick Xenophon in Kuala Lunpur last year. 
PKR Youth also called on the Foreign Affair Ministry to issue a strong statement against the deportation of one of its citizens ~ The Star